Bila Isteri 'Mengamuk' Kadangkala isteri mengamuk Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu Apa bukti setiamu suami? Atau apakah kau sedang berkira-kira Hendak 'mendua', 'mentiga' dan 'mengempatkanku'ku? Kadangkala disergahnya suami Ketika keringat masih membasah Baru melangkah masuk pintu rumah Ketika itu muhasabahlah diri Mungkin suami berdosa dengan atauhan, Atau bersalah dengan insan Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan Lalu datang 'serangan' itu sebagai peringatan Suami, Hadapkanlah diri ke cermin hati Kaji dirimu satu per satu Kalau liar, berhentilah Kalau berdosa, bertaubatlah. Jangan berkira-kira hendak 'berdua' Kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan...... Tetapi mampukah meratakan keadilan Memimpin penuh kasih-sayanag? Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu Nasihatkanlah dia baik-baik Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua Suami ...
Ulasan
Catat Ulasan