MENGAPA NYAMUK SUKA MENGGIGIT IBU HAMIL ? BAGAIMANA CARA MENGATASINYA

MENGAPA NYAMUK SUKA MENGGIGIT IBU HAMIL ?

BAGAIMANA CARA MENGATASINYA


Ramai di antara ibu yang sedang mengandung mengeluh sering digigit nyamuk. Sedangkan, semasa tidak mengandung jarang digigit nyamuk. Meskipun bukan perkara besar, tetapi cukup mengganggu jika terlalu kerap.

Ini adalah kerana, ibu yang sedang mengandung mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida kerana berat badan yang meningkat dan mula bernafas dengan berat. Menurut kajian, ibu yang mengandung mengeluarkan lebih banyak air, termasuk karbon dioksida sebanyak 21%.

Selain itu, peningkatan suhu badan ibu yang sedang mengandung akan melepaskan lebih banyak zat volatil dari kulitnya yang menyebabkan mudah dihidu oleh nyamuk.

Bagi ibu mengandung yang tinggal di negara tropika sebaiknya lebih berwaspada kerana penyakit yang dibawa oleh nyamuk tropika lebih buruk, seperti DBD, malaria, dan cikungunya.



Cara menghindari risiko sering digigit nyamuk ini, ibu-ibu bolehlah mengikuti langkah-langkah ini:  


1. Pakai baju berwarna cerah

Baju berwarna gelap alan menyerap panas dan membuat badan menjadi berhaba. Saat ibu mengandung, nyamuk memiliki kecenderungan untuk menyukai sesuatu yang berhaba. Disebabkan itu, disarankan untuk ibu mengandung memakai baju yang berwarna cerah. 

2. Pakai baju yang panjang dan longgar

Memakai baju panjang dan longgar, nyamuk yang hinggap tidak dapat menyentuh kulit kerana diutup oleh baju. Pakaian longgar juga boleh menghindari gigitan nyamuk.

3. Pakai Kelambu

Penggunaan kelambu antara cara yang paling mudah sejak zaman-berzaman. Pertama, tidak mengandungi bahan kimia dan kedua boleh membuat buat tidur semakin nyenyak.


4. Mandi Bersih dan Teratur 

Ibu yang sedang mengandung perlulah kerap mandi kerana bau yang kurang menyenangkan membuat nyamuk suka hinggap. Mandilah dengan sabun wangi yang tidak disukai oleh nyamuk seperti aroma bunga lili, sirih atau lemon.

5. Pasang pewangi lilin berbau citronella.

Boleh juga pasang pewangi lilin yang berbau serai kerana nyamuk tidak menyukai bau serai.


6. Gunakan semburan nyamuk yang mesra ibu mengandung 

Jika ingin memakai semburan nyamuk, pastikan yang mesra ibu mengandung. Ini adalah kerana,  ada beberapa kandungan kimia yang boleh membahayakan janin. Disarankan menggunakan semburan yang menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti minyak kayu putih, minyak sireh, lavender, minyak kayu manis, dan peppermint.

Bugs Away antara pilihan yang dicadangkan buat ibu mengandung, diperbuat daripada bahan semulajadi seperti Aqua, Cymbopogon Nordus (Citronella) Oil dan Potassium Sorbate. Cuma semburkan pada kulit

 jika Anda mandi, mandilah dengan sabun wangi yang tidak disukai nyamuk, seperti aroma bunga lili, sereh, sirih, atau jeruk dan lemon.

Berminat untuk mendapatkan Semburan Bugs Away, whatsapp 0136843692




Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan dan Kelebihan Minyak Pati (Essential Oil) Buah Oren, Mandarin dan Tangerin

15 TIPS BAGAIMANA MEMBENTUK KELAKUAN SI KECIL