Perbezaan dan Kelebihan Minyak Pati (Essential Oil) Buah Oren, Mandarin dan Tangerin
Perbezaan dan Kelebihan Minyak Pati Buah Oren, Mandarin dan Tangerin.
Oren (Orange)
Oren adalah buah sitrus yang biasa didapati di majlis keraian, kenduri dan sangat sedap dibuat jus atau campuran jus.Oren kadang-kadang rasanya masam, kadang-kadang rasanya manis.
Selain itu, buah oren juga selalu digunakan dalam pelbagai resepi yang melibatkan rasa oren.
Minyak pati (essential oil) Oren sangat kaya dengan anti-oksida, ia berfungsi:
- Membantu mengatasi masalah penghadaman dan melegakan sembelit.
- Membantu mengeluarkan toksin dalam badan.
- Membantu untuk lebih fokus dan produktif.
- Berkesan melegakan tekanan dan kemurungan.
- Bertindak anti-depressi secara semulajadi.
- Secara semulajadi untuk meredakan darah tinggi.
Mandarin
Mandarin adalah sejenis buah sitrus yang berasal dari China. Terdiri dari pelbagai saiz tetapi lebih kecil dari buah oren. Warnanya sedikit merah dan kulitnya tebal. Ciri-cirinya kecil dan rasanya manis dan tidak sesuai dibuat jus. Kulitnya mudah dikupas. Ianya boleh didapati di pasaraya dan mudah didapati pada musim perayaan Tahun Baru Cina.
Mandarin kadangkala dipanggil Tangerin tetapi ia sebenarnya dua jenis buah yang berbeza. Mandarin biasanya berbiji berbanding Tangerin tidak berbiji.
Minyak pati (essential oil ) Mandarin diekstrak dari buah, bunga dan daunnya, ia berfungsi:
- Mengurangkan rasa loya dan mual.
- Bertindak sebagai antiseptik yang melindungi luka dari jangkitan kuman.
- Membantu sistem pernafasan dan batuk yang berterusan.
- Membantu melegakan sistem saraf dan mengurangkan rasa sakit.
- Membantu melambatkan penuaan dan mengekalkan awet muda.
Tangerin (Tangerine)
Tangerin adalah sejenis buah mandarin yang bersaiz besar, kulitnya mudah dikupas dan rasanya sangat manis dan tidak mempunyai biji. Warna kulitnya juga kelihatan lebih oren pekat. Tetapi, saiznya lebih kecil berbanding oren. Tangerin biasanya didapati di pasaraya yang dijual masih berdaun. Orang Malaysia mengenalinya dengan nama Mandarin.
Minyak pati (essential oil) Tangerin berfungsi:
- Mengekalkan keseimbangan asid di dalam perut.
- Menyembuhkan luka jika ada di dalam perut.
- Membantu perkumuhan dan penyingkiran toksin di dalam badan.
- Membantu kesihatan paru-paru dan hati.
- Meningkatkan ingatan dan mencegah penyakit lupa (Alzheimer)
- Meredakan masalah kemurungan (depresi)






Ulasan
Catat Ulasan