PEMAHAMAN ANAK AKTIF DAN ADHD

Pemahaman antara anak aktif dan ADHD.
********************************************

Ramai diantara kita pandang sebelah mata bila melihat anak kita aktif.  Terutama bagi ibubapa yang mempunyai anak pramatang yang kelahirannya bawah 30 minggu.  Keaktifan mereka kadang kala dipandang kerana kelahiran yg dialami.  Tapi... Sedar kah kita ibubapa yang mempunyai anak sedemikian perlu diberi perhatian dan dibawa rujukan kepada pakar kanak kanak.

Sekilas pandang, memang agak sukar membezakan anak yang 🏃AKTIF dan 🏇HYPERAKTIF.

Apa itu 🏃AKTIF dan 🏇HYPERAKTIF. Jadi, jom kita kongsikan bersama dan kupaskan perbezaan kedua-dua “therms” itu.

Anak 🏃Aktif adalah anak yang memiliki kelebihan tenaga. Mereka memiliki keupayaan melakukan ‘aktiviti pergerakan’ lebih tinggi berbanding dengan anak-anak yang lain. Meskipun begitu, otak dan pemikirannya adalah normal. Keaktifannya menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik dan koordinasi badannya bagus

Anak kecil, badannya ringan dan bila dia bergerak, dia tidak banyak memerlukan tenaga, oleh itu untuk memastikan tenaganya digunakan dengan baik, maka dia perlu bergerak. Jika selalu sangat disuruh duduk diam, lama-lama mereka menjadi malas dan apa yang mereka suka lakukan ialah makan dan main video game..hehehe… (ada x ibu bapa yang inginkan anak seperti ini,tentu tidak kan..)

Ciri-ciri Anak 🏃Aktif:

Fokus
Ketika melakukan sesuatu aktiviti, anak ini akan duduk diam menyelesaikannya dalam kedaan baik dan tenang. Cth: bermain susun Puzzle.

Istirehat Setelah Penat
Anak ini akan berhenti bermain sebentar dan rehat setelah penat atau terasa lelah.

Tunduk Patuh & Bersedia Berkongsi
Mematuhi apa yang diminta oleh ibu bapa nya atau orang yang lebih tua dari nya. Cth: jika ibunya meminta mengemas kembali barang mainannya,ia akan turuti.

Bersabar
Boleh bermain dengan baik
Tidak terlalu kuat dan kasar bila bercakap
Aktif vs Hyperaktif

Anak 🏇Hyperaktif adalah anak yang memiliki gangguan tingkah laku yang disebabkan perkembangan otak yang tidak normal. Ia jadi sangat nakal, tidak boleh duduk diam, sukar diatur dan sukar diajari. Perkataan lain bagi Hyperaktif ini disebut juga “Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Ini terjadi pada sesetangah anak kecil adalah mungkin kerana beberapa sebab, antaranya:

Pernah terjatuh atau kepala terhantuk pada objek keras
Gegaran otak

Faktor Keturunan atau Pembawaan anak sejak dari lahir

Oleh kerana perilaku yang sangat aktif, disebabkan itu, ia tidak mampu untuk kawal emosi dan aktiviti geraknya.

Ciri-ciri Anak 🏇Hyperaktif:
======================

Tidak Fokus & Lalai
Tidak Tahu Erti Penat atau Lelah
Suka Memberontak, Menentang & Merosakan Barang
Agresif & Suka Mengganggu Orang
Melakukan Sesuatu Tanpa Tujuan
Tidak Sabar & Degil
Rasa Takut, Risau dan Tertekan
Kerap Berpeluh & Mengalami Sakit Perut dan Cirit Birit
Diingatkan, anak hyperaktif perlu dikawal dan dipantau sebaik-baiknya. Ini kerana di luar jangkaan ibu bapa, anak ini boleh melakukan aktiviti yang boleh membahayakan atau mencederakan diri mereka.

🏃Aktif vs 🏇Hyperaktif
“ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal.”

Antara Rawatan untuk mengawal anak-anak hyperaktif.

Pemakanan
– Pastikan yang halal dan dari punca yang halal dan berkhasiat.

Kasih Sayang atau Belaian
– Peluk di waktu pagi dan juga di waktu malam tiap hari.

– Tidurkan mereka dengan bacaan surah Maryam atau zikir nama tuhan atau asmaulhusna.

– Usap kepala mereka dan bacakan selawat shifa.

– Dikatakan memberi secawan teh markisa (yang diperbuat daripada daun markisa) atau dua gelas jus markisa dapat menenangkan kanak hiperaktif.

Pendidikan Pemulihan
– Masalah kerja rumah dan pembelajaran yang terjejas perlu diberi didikan.

Jangan Bosan
– Terus menerus mengulang perkara yang sama,supaya mereka cepat belajar.

Latih anak ini untuk jadi lebih Displin
Perbanyakkan komunikasi dengan mereka
Amalkan setiap hari, insya-Allah mujarab. Sehingga berjumpa lagi di informasi yang lain.

Artikel ini hasil dari pembacaan beberapa sumber dan diolah juga digabungkan. Antara sumber ialah dari Prof.Dr.Rozieta Shaary .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan dan Kelebihan Minyak Pati (Essential Oil) Buah Oren, Mandarin dan Tangerin

15 TIPS BAGAIMANA MEMBENTUK KELAKUAN SI KECIL