3 TANDA BAYI DI DALAM KANDUNGAN KELAPARAN

Perkara yang wajib para ibu ambil tahu semasa mengandung terutama di usia kehamilan trimester ketiga ialah bayi yang kelaparan di dalam perut. Ketika ini, pastinya kandungan ibu sudah kerap merasai gerakan bayi. Dalam memenuhi gizi bayi ibu dalam kandungan agar dapat berkembang dengan baik, ibu harus mengetahui tanda-tanda bayi ibu sedang kelaparan. 

Berikut adalah tanda-tanda bahawa bayi ibu sedang kelaparan. Oleh itu, ibu-ibu perlu peka dengan tanda-tanda tersebut sebelum terlambat. 

1) Degupan Jantung Bayi semakin Lemah

Apabila ibu merasakan gerakan bayi semakin berkurang, degupan jantung bayi juga semakin lemah. Ibu disarankan untuk terus membuat pemeriksaan USG di klinik ibu dan bayi untuk mengenalpasti juga masalah bayi ibu, samada kerana kelaparan atau mempunyai masalah jantung.

Jila degupan jantung tersebut normal, ibu hanya perlu menambah nutrisi dalam pemakanan ibu supaya bayi ibu sentiasa sihat dan kuat hingga proses melahirkan.


2) Tendangan Bayi Berkurangan



Seperti yang wajib ibu lakukan pada trimester ketiga ini adalah mengira gerakan bayi dalam tempoh 10 minit. Ibu pastinya dapat merasai kelainan pada tendakan bayi kerana setiap kali tendangan bayi, ibu akan merasa tidak selesa dan agak senak. Pada usia 6-9 bulan ini, bayi pastinya sangat aktif bergerak, jika tendangan bayi berkurangan dan lemah berkemungkinan bayi ibu sedang stress atau lapar, Makanya, bayi ibu sangat perlukan nutrisi. Jika tendangan bayi berkurangan selama 2 hari atau lebih, adalah sangat disarankan untuk segera berjumpa doktor.


3) Ibu Merasa Kram di perut


Kram perut sangat perlu diambil kira apabila ia kerap berlaku, ianya sangat berbahaya dan berkemungkinan bayi akan lahir pra-matang. Selain itu, ia juga berbahaya pada ibu.

Namun, kram di perut biasanya terjadi saat bayi terlalu kelaparan. Jika ini berlaku, ibu segeralah makan dan membuat sedikit senaman ringan. Sekiranya kram ini berlanjutan, sebaiknya ibu segera membuat pemeriksaan di klinik kerana dikhuatiri bayi ibu sedang dalam masalah.


Ibu sudah tahu 3 tanda-tanda bayi ibu sedang kelaparan di dalam perut, bukan? Oleh sebab itu, ibu janganlah abaikan tanda dan gejala apa pun saat kehamilan. Penuhilah nutrisi bayi ibu supaya bayi lahir dalam keadaan sihat dan sempurna. Jangan lupa juga untuk ibu menjaga pemakanan dan kesihatan agar nutrisi yang membentuk bayi ibu sempurna dan kuat serta proses ibu bersalin lebih mudah tanpa sebarang komplikasi. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan dan Kelebihan Minyak Pati (Essential Oil) Buah Oren, Mandarin dan Tangerin

15 TIPS BAGAIMANA MEMBENTUK KELAKUAN SI KECIL