Bila Isteri 'Mengamuk'

Kadangkala isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka
dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
Hendak 'mendua', 'mentiga' dan 'mengempatkanku'ku?

Kadangkala disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah

Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan atauhan,
Atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan 
penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang 'serangan' itu 
sebagai peringatan

Suami, 
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu per satu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.

Jangan berkira-kira hendak 'berdua'
Kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja 
diperhitungkan......
Tetapi mampukah meratakan keadilan
Memimpin penuh kasih-sayanag?

Sebaliknya jika ternyata isteri 
yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata
dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri
yang jahat 
Akan mendapat pahala Nabi AYUB

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
Ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isteri: 
"Bersabarlah, kerana sesungguhynya isteri 
telah banyak membantu kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan 
rumah kita.....
Lalu, apa salahnya kita bersabar dengan 
karenah mereka?"

Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah.
Cinta itu akan semarak kembali!

Sumber:
MERAWAT CINTA DALAM RUMAHTANGGA
'Bawa Cinta Kita KE SYURGA'








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan dan Kelebihan Minyak Pati (Essential Oil) Buah Oren, Mandarin dan Tangerin

15 TIPS BAGAIMANA MEMBENTUK KELAKUAN SI KECIL