Hand Sanitizer buat Si kecil. Alkohol atau Tanpa Alkohol?

Walaupun jangkitan virus dan bakteria boleh mengancam kesihatan manusia, tetapi kesihatan si kecil antara yang terpenting perlu diambil kira. Bukan sahaja kesihatan, keselamatan si kecil juga mesti diambil kira. Tidak semua yang sesuai dengan mama sesuai juga dengan si kecil. Mama perlu sentiasa berada selangkah ke hadapan atas apa sahaja situasi yang mungkin berlaku.

Hand Sanitizer atau cecair pencuci tangan pembasmi kuman tanpa bilas antara isu yang paling tinggi terjadi terhadap kanak-kanak yang boleh mengancam nyawa dan kesihatan si kecil.

Mari kita lihat apakah jenis hand sanitizer yang boleh menjadi panduan mama untuk si kecil

1. Pilih hand sanitizer tanpa alkohol



Sebahagian besar hand sanitizer, biasanya mengandungi alkohol 60% dan ke atas. Memang pada dasarnya, kandungan alkohol ini berfungsi untuk membunuh bakteria dan kuman. Tetapi alkohol ini amat berbahaya kepada si kecil terutama bayi dan kanak-kanak bawah 5 tahun jika tertelan atau sekiranya berada berdekatan dengan api. Ia boleh mendatangkan kecederaan serius kepada si kecil tanpa mama sedari.

Pemilihan hand sanitizer tanpa alkohol adalah pilihan yang selamat buat si kecil. Pastinya bahan-bahan yang terkandung di dalamnya tidak mengandungi bahan kimia malah digantikan dengan bahan alami yang juga mempunyai fungsi yang sama.

2. Hand Sanitizer tanpa alkohol yang berbau wangi 



Ada juga terdapat di pasaran hand sanitizer tanpa alkohol yang berbau wangi seperti bau berry atau bau bunga. Kebiasaannya, bau wangi itu adalah dari minyak pati tumbuhan yang bertindak melawan bakteria dan virus. Maka, disamping ianya selamat untuk si kecil ia juga tidak membahayakan kesihatan si kecil sekiranya tertelan.

Antara hand sanitizer tanpa alkohol yang trending sekarang ialah hand sanitizer keluaran Tasneem Naturel yang berasaskan Minyak Pati Tumbuhan Berry dan Geranium.

Hand Sanitizer (Berry & Geranium) 


3. Dibuat daripada bahan organik dan alami



Perlu mama ketahui, hand sanitizer alkohol sekiranya kerap digunakan akan menyebabkan iritasi kulit seperti kering dan mengelupas. Mama perlulah memilih hand sanitizer yang mesra bayi iaitu berasaskan bahan organik yang terbukti berkesan mematikan kuman selain menjaga kelembutan kulit si kecil. Perlu diingat bahawa kulit si kecil sangatlah sensitif, jika didedahkan dengan bahan kimia terlalu kerap dibimbangi memberi kesan jangka panjang pada kulit si kecil.
Hand Sanitizer Tanpa Alkohol dengan Ekstrak Manggis dan Pati Minyak Tumbuhan

Perlu diketahui, tumbuhan dan buah-buahan menpunyai sifat semulajadi yang mampu memberi banyak manfaat dari segi perubatan dan perlindungan tanpa kesan sampingan dan kemudharatan kepada manusia.

4. Perlulah yang bertekstur cair berbanding gel




Selain itu, sekiranya di pasaraya atau farmasi tiada hand sanitizer tanpa alkohol, mama pula tidak mempunyai pilihan. Maka, pilihlah hand sanitizer yang bertekstur cecair kerana tekstur ini yang terbaik buat si kecil kerana ia lebih mudah dan cepat menyerap pada kulit. Kemungkinan untuk mereka jilat pun tidak sebahaya yang bertekstur gel. Pilihlah juga yang mengandungi tahap alkohol yang paling rendah.

Secara mata kasar, tiada bezanya antara hand sanitizer cair dan gel, bergantung pada keselesaan mama. Cuma, pemilihan hand sanitizer untuk si kecil perlulah yang bertekstur cecair.


Oleh itu, pilihan di tangan mama, kesihatan dan keselamatan si kecil adalah keutamaan mama. Walau bagaimanapun, mencuci tangan menggunakan sabun sekerapnya adalah perlindungan yang terbaik untuk si kecil tetapi untuk beberapa situasi hand sanitizer diperlukan apabila mama dan si kecil berada di luar rumah. 










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan dan Kelebihan Minyak Pati (Essential Oil) Buah Oren, Mandarin dan Tangerin

15 TIPS BAGAIMANA MEMBENTUK KELAKUAN SI KECIL