15 TIPS BAGAIMANA MEMBENTUK KELAKUAN SI KECIL
15 Tips Bagaimana Membentuk Kelakuan Si Kecil
Dalam kita membesarkan si kecil, pastinya membentuk kelakuan si kecil sesuatu yang amat sukar tambahan si kecil mempelajari tingkahlaku dari persekitaran.
1. Merengek - Tabahkan Hati
Tetapkan pendirian.
Apabila anda tunduk kepada rengekan si kecil, tanpa sedar si kecil akan berfikiran bahawa anda senang bertukar fikiran.
‘tidak
boleh’ bermaksud Tidak Boleh dan bukan Mungkin.
Jika anda mengatakan ‘tak’ kemudian mengikuti kehendak si kecil , si kecil akan merengek lebih kerap dengan harapan anda akan bertukar fikiran.
2. Si kecil meniru kelakuan anda
Si kecil akan melihat dan meniru kelakuan anda. Anda merupakan contoh kepada si kecil. Jadi, gunakan kelakuan anda sendiri untuk membantunya.
Apa yang
anda buat adalah lebih penting daripada apa yang
anda katakan.
Jika anda mahu si kecil berkata ‘tolong’, anda haruslah berbuat demikian
juga.
Jika anda sering bercakap kasar kepada si kecil, mereka juga
akan bercakap kasar kepada anda. Bercakaplah dengan nada
yang lembut.
3. Tunjukkan mereka perasaan anda
Beritahu si kecil dengan jujur bagaimana kelakuannya menjejaskan anda. Ini akan membantu si kecil untuk melihat perasaan anda, seperti cermin. Ini dipanggil empati.
Pada usia si kecil 3 tahun, si kecil boleh menunjukkan perasaan empati. Jadi anda mungkin mengatakan,
“Mama
tak
suka
bunyi
bising
sampai
mama tak
boleh
cakap
telefon”.
Apabila anda memulakan ayat anda dengan
‘mama’, ia membuat si kecil melihat dari perspektif anda.
4. Memuji apabila si kecil melakukan kebaikan
Apabila si kecil berkelakuan seperti yang
anda mahukan, anda boleh memberi maklumbalas positif. Seperti contoh: “Wah,
bagusnya
anak
mama sedang
bermain
dengan
baik,
Mama suka
adik
susun
mainan
di atas
meja”.
Cara ini lebih baik daripada menunggu permainan tersebut jatuh di lantai dan anda memarahinya “Hey,
jangan
sepahkan
mainan!”
Maklumbalas positif ini kadangkala dipanggil ‘pujian deskriptif’.
Cubalah berikan si kecil enam komen positif (pujian dan galakan) untuk setiap komen negatif (kritik dan halangan). Nisbah 6-1 memberinya keseimbangan.
Ingatlah, jika si kecil mempunyai pilihan di antara tiada perhatian atau perhatian negatif, si kecil akan mencari perhatian negatif.
5. Bersedia untuk situasi susah
Terdapat suatu masa
apabila menjaga anak sambil membuat perkara lain
adalah sesuatu yang
susah.
Jika anda memikirkan tentang situasi-situasi ini dengan awal, anda boleh merancang keperluannya.
Berikan si kecil amaran 5 minit sebelum anada menukar aktiviti. Bincanglah dengan si kecil kenapa anada perlukan kerjasamanya.
6. Mama dengar
Mendengar secara aktif adalah cara lain
dalam membantu si kecil melayan emosi mereka. Si kecil lebih senang rasa
kecewa, terutama sekali jika mereka tidak boleh menyuarakan emosi mereka. Apabila anda mengulangi balik apa yang
mungkin si kecil rasakan, ia boleh menenangkan mereka.
Ia juga
boleh membuatkan si kecil rasa
dihormati dan disayangi serta boleh mengurangkan kemarahan mereka.
7. Cakap Sekali
Si kecil mendengar walaupun dia belum matang dari segi sosial. Membebel dan mengkritik tidak akan berkesan.
Si kecil tidak akan mendengar dan memikirkan mengapa anda menjadi lebih marah.
Jika anda mahu berikan si kecil peluang terakhir untuk bekerjasama, ingatlah akibatnya apabila tidak mendengar
kata. Kemudian, kira satu hingga tiga.
8. Tanggungjawab dan Akibat
Apabila si kecil menjadi lebih dewasa, anda boleh berikan tanggungjawab ke atas kelakuan mereka.
Anda boleh memberikan si kecil peluang untuk merasakan apa akibat kelakuan tersebut. Anda tidak perlu jadi
‘orang jahat’ selalu.
Contoh: jika si kecil terlupa membawa bekalan makanannya ke sekolah akan mengakibatkan kelaparan. Si kecil akan berasa sakit apabila merasa sangat lapar.
Kadangkala, dengan tujuan yang
baik, anda lakukan terlampau banyak perkara untuk anak-anak sehingga mereka tidak boleh pelajari dengan cara sendiri.
Anda harus memberikan si kecil akibat untuk kelakuan teruk dan merbahaya dan mereka bersetuju tentang akibat tersebut.
9. Buatkan si kecil terasa penting
Si kecil amat suka apabila mereka boleh menyumbang kepada keluarga mereka. Perkenalkan beberapa kerja rumah yang
senang supaya mereka boleh memainkan peranan penting dalam membantu anda.
Ini akan membuatkan si kecil terasa penting dan berasa bangga apabila dapat menolong dan dipuji. Jadi, si kecil akan menjadi lebih baik dan akan cuba dengan lebih.
Kerja rumah yang
selamat membuatkan si kecil merasa tanggungjawab, dapat membina keyakinan diri dan juga
menolong anda.
10. Samakan ketinggian dengan si kecil
Melutut dan mencangkung di sebelah si kecil adalah cara yang
bagus untuk berkomunikasi dengan mereka. Dengan ini, anda boleh merapatkan diri dengan si kecil dan akan merasakan apa yang
mereka rasakan. Jika anda berdekatan dengan anak anda dan mereka sedang memberikan perhatian, anda tidak perlu menyuruh mereka melihat anda.
11. Tunaikan Janji
Pegang kepada janji anda kepada si kecil walaupun janji yang
baik ataupun tidak, si kecil akan mempercayai dan menghormati anda.
Jika anda telah berjanji untuk membelikan si kecil ais krim selepas si kecil mengemaskan mainannya, pastikan anda menunaikannya.
Apabila anda mengatakan akan keluar dari perpustakaan jika si kecil tidak berhenti berlari, pastikan anda bersedia untuk keluar terus.
12. Berjaga-jagalah dengan pergaduhan
Sebelum anda mengatakan ‘jangan’ atau ‘berhenti’ – tanyalah diri anda jika ia diperlukan. Dengan mengurangkan arahan-arahan, permintaan dan jawapan yang
negatif, ia akan mengurangkan peluang untuk pergaduhan dan perasaan tidak elok.
Peraturan-peraturan adalah penting tetapi hanya gunakan apabila diperlukan.
13. Mudah dan Positif
Jika anda memberi si kecil arahan jelas, dia akan tahu apa yang
diharapkannya. “Pegang
tangan
mama apabila
mahu
lintas
jalan”.
Adalah lebih baik memberikan arahan dalam cara positif dan akan membuatkan si kecil memikirkan ke arah yang
betul.
Contoh
lain: ‘tutupkan pagar’ adalah lebih baik daripada ‘jangan biarkan pagar terbuka’
14. Berjenakalah dengan si kecil
Salah
satu cara untuk meredakan kemarahan adalah untuk berjenaka dengannya. Anda boleh menjadi raksasa yang
suka menggeletek atau membuat bunyi haiwan.
Tetapi pastikan kedua-dua (anda dan si kecil) gelak kerana si kecil senang terluka dengan ejekan ibu-bapa.
15. Kurangkan Godaan
Gelas kaca anda kelihatan seronok untuk dimain – ia adalah susah bagi kanak-kanak untuk mengingati bahawa gelas kaca anda tidak boleh dipegang.
Kurangkan godaan mereka dengan menyimpan barang berharga seperti itu. Ini juga
untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku kerana si kecil tidak pandai mengawal godaan.