Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021
Imej
 Bila Isteri 'Mengamuk' Kadangkala isteri mengamuk Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu Apa bukti setiamu suami? Atau apakah kau sedang berkira-kira Hendak 'mendua', 'mentiga' dan 'mengempatkanku'ku? Kadangkala disergahnya suami Ketika keringat masih membasah Baru melangkah masuk pintu rumah Ketika itu muhasabahlah diri Mungkin suami berdosa dengan atauhan, Atau bersalah dengan insan Mungkin banyak penzaliman dan  penganiayaan yang telah dilakukan Lalu datang 'serangan' itu  sebagai peringatan Suami,  Hadapkanlah diri ke cermin hati Kaji dirimu satu per satu Kalau liar, berhentilah Kalau berdosa, bertaubatlah. Jangan berkira-kira hendak 'berdua' Kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja  diperhitungkan...... Tetapi mampukah meratakan keadilan Memimpin penuh kasih-sayanag? Sebaliknya jika ternyata isteri  yang melulu Nasihatkanlah dia baik-baik Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua Suami