Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Hand Sanitizer buat Si kecil. Alkohol atau Tanpa Alkohol?

Imej
Walaupun jangkitan virus dan bakteria boleh mengancam kesihatan manusia, tetapi kesihatan si kecil antara yang terpenting perlu diambil kira. Bukan sahaja kesihatan, keselamatan si kecil juga mesti diambil kira. Tidak semua yang sesuai dengan mama sesuai juga dengan si kecil. Mama perlu sentiasa berada selangkah ke hadapan atas apa sahaja situasi yang mungkin berlaku. Hand Sanitizer atau cecair pencuci tangan pembasmi kuman tanpa bilas antara isu yang paling tinggi terjadi terhadap kanak-kanak yang boleh mengancam nyawa dan kesihatan si kecil. Mari kita lihat apakah jenis hand sanitizer yang boleh menjadi panduan mama untuk si kecil 1. Pilih hand sanitizer tanpa alkohol Sebahagian besar hand sanitizer, biasanya mengandungi alkohol 60% dan ke atas. Memang pada dasarnya, kandungan alkohol ini berfungsi untuk membunuh bakteria dan kuman. Tetapi alkohol ini amat berbahaya kepada si kecil terutama bayi dan kanak-kanak bawah 5 tahun jika tertelan atau sekiranya berada berde