MENGAPA NYAMUK SUKA MENGGIGIT IBU HAMIL ? BAGAIMANA CARA MENGATASINYA
MENGAPA NYAMUK SUKA MENGGIGIT IBU HAMIL ? BAGAIMANA CARA MENGATASINYA Ramai di antara ibu yang sedang mengandung mengeluh sering digigit nyamuk. Sedangkan, semasa tidak mengandung jarang digigit nyamuk. Meskipun bukan perkara besar, tetapi cukup mengganggu jika terlalu kerap. Ini adalah kerana, ibu yang sedang mengandung mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida kerana berat badan yang meningkat dan mula bernafas dengan berat. Menurut kajian, ibu yang mengandung mengeluarkan lebih banyak air, termasuk karbon dioksida sebanyak 21%. Selain itu, peningkatan suhu badan ibu yang sedang mengandung akan melepaskan lebih banyak zat volatil dari kulitnya yang menyebabkan mudah dihidu oleh nyamuk. Bagi ibu mengandung yang tinggal di negara tropika sebaiknya lebih berwaspada kerana penyakit yang dibawa oleh nyamuk tropika lebih buruk, seperti DBD, malaria, dan cikungunya. Cara menghindari risiko sering digigit nyamuk ini, ibu-ibu bolehlah mengikuti lan...