Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

AUTISME

Autism ini, bahasa dalam DSM-V (kitab berkenaan mental disorder) ialah Autism Spectrum Disorder (ASD). Kenapa spektrum? Sebab setiap kanak-kanak Autism itu mempunyai kepelbagaian yang berbeza-beza. Bermula daripada paling ringan (mild) sehingga yang paling berat (severe). Kondisi mereka juga berbeza-beza mengikut kanak-kanak. Analoginya, anggap Autism ini seperti demam yang takkan pulih seumur hidup. Ada orang, bila demam, teruk. Tak larat bangun katil. Ada orang bila demam, dia sikit-sikit je. Boleh drive lagi. Ada orang pula, sangat dahsyat, sehingga dikejarkan hospital, untuk masuk air sebab dehydrate. Tetapi, semuanya keadaan demam. Cuma tahap yang berbeza-beza, maka intervensi juga berbeza-beza (bukan rawatan, sebab Autism bukan penyakit) Itu lah maksudnya Autism ini di bawah sebuah Spektrum. Sebab itu, jangan kita pukul rata Autism ini. Bukan sekali tahu ada kanak-kanak Autism boleh hafal Quran dengan cepat, terus kita kata semua kanak-kanak Autism itu boleh hafal Quran

PEMAHAMAN ANAK AKTIF DAN ADHD

Pemahaman antara anak aktif dan ADHD. ******************************************** Ramai diantara kita pandang sebelah mata bila melihat anak kita aktif.  Terutama bagi ibubapa yang mempunyai anak pramatang yang kelahirannya bawah 30 minggu.  Keaktifan mereka kadang kala dipandang kerana kelahiran yg dialami.  Tapi... Sedar kah kita ibubapa yang mempunyai anak sedemikian perlu diberi perhatian dan dibawa rujukan kepada pakar kanak kanak. Sekilas pandang, memang agak sukar membezakan anak yang 🏃AKTIF dan 🏇HYPERAKTIF. Apa itu 🏃AKTIF dan 🏇HYPERAKTIF. Jadi, jom kita kongsikan bersama dan kupaskan perbezaan kedua-dua “therms” itu. Anak 🏃Aktif adalah anak yang memiliki kelebihan tenaga. Mereka memiliki keupayaan melakukan ‘aktiviti pergerakan’ lebih tinggi berbanding dengan anak-anak yang lain. Meskipun begitu, otak dan pemikirannya adalah normal. Keaktifannya menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik dan koordinasi badannya bagus Anak kecil, badannya ringan dan bil